Saturday, November 3, 2012


PROGRAM PERANTARABANGSAAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KE 
SMA NEGERI 1, SURABAYA, INDONESIA
PADA : 29 - 31 OKTOBER 2012

Seramai 40 orang pelajar daripada kedua-dua kebitaraan Kluster SMK Sultan Badlishah mneruskan agenda Kebitaraan masing-masing dengan melawat dan mengadakan perlawanan dengan sekolah SMAN 1 Surabaya, Indonesia. Rombongan ini juga diiringi oleh 5 orang guru yang terdiri daripada Tn Hj Puzer bin Mohamad, GPK Pentadbiran, Abdul Rahim bin Ali, GK Kemanusiaan, Pn Zaiton bin Hashim, Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Pn. Razaih binti Abd Aziz, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Mohamad Zakuan bin Abu Bakar selaku fotografer rombongan. Kebanyakan pelajar amatlah gembira kerana dapat berpeluang mengalami pengalaman
baru menaiki kapalterbang. Walaupun keletihan dengan kelewatan penerbangan yang sedikit sebanyak merentap semangat rombongan kita ini.
     Menginap di Hotel Maumo telah menyuntik kembali tenaga dan semangat. Dengan dibantu oleh pemandu kami di Surabaya Bapak Andi Sadieq, kami tiba di perkarangan SMAN 1 sekitar jam 9.00 pagi. Perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis adalah betapa 'antik' nya SMAN 1 ini se'antik' SMK Sultan Badlishah.
     Kedatangan yang disambut dengan Tarian Sambutan yang amat menarik di ikuti oleh ucapan aluan oleh Kepala Sekolah Bapak Nurhasan. Seterusnya dalah persembahan lagu patriotik yang disampaikan oleh Afifah dan juga beberapa bait puisi yang menyentap jiwa oleh pelajar-pelajar SMAN 1.
       Acara debat antara dua sekolah terus dijalankan. Ternyata kedua-dua pihak amat 'pantas' dalam melantunkan hujah masing-masing. Syabas kepada semua pendebat. Semuanya adalah sama hebat.
     Seusai sahaja perdebatan antara dua negara, pasukan badminton kita mengambil peranan dalam memperjuangkan kebitaraan SMK Sultan Badlishah. Sebanyak tiga perlawanan diadakan dan sekolah
kita telah berjaya mengunggulinya dengan agregat  2-1. Tahniah kepada semua peserta.                                                                                    

2 comments:

Aktiviti

Aktiviti

Klimaks 1

Klimaks 1

Klimaks 2

Klimaks 2

Klimaks 3

Klimaks 3

Klimaks 4

Klimaks 4

Klimaks 5

Klimaks 5

Ucapan P.Petang

Ucapan P.Petang

FASILITATOR

FASILITATOR
 

Copyright © 2009 by DAYA KARYA