Monday, July 21, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2014
KHAMIS 24 JULAI 2014

Sunday, July 7, 2013

Daya Karya Kini Kembali

Salam... Maaf sebab lama dah tak kemaskini blog ni... Bukannya apa banyak tugasan serta kekangan masa yang terpaksa di buat. Apapun mulaikini dan selepas ini blog ini akan mula memberikan info-info terkini berkaitan dengan SMK Sultan Badlishah, Sekolah kesayangan anda semua.

TIME

JOM Solat

SEMBANG-SEMBANG

SENYUM ITU SATU SEDEKAH

SENYUM ITU SATU SEDEKAH

CARA SAF YANG BETUL

CARA SAF YANG BETUL

FALSAFAH SEKOLAH

Berusaha mendidik secara berterusan ke arah memperkembangkan potensi diri individu seseorang pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan Yang seimbang dari segi :
Intelek
Rohani
Emosi
Jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH
Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH

“MENJADIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN BADLISHAH SEBAGAI PENERAJU KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH”

MISI SEKOLAH

SMKSB berusaha untuk:-
1. Melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
2. Melahirkan pemimpin berwibawa dan terbilang.
3. Menggiatkan pelajar cergas dan proaktif dalam kokurikulum dan k
hidmat masyarakat.
4. Meningkatkan ketaqwaan, kesopanan dan kesusilaan.
5. Mewujudkan prasarana selamat, kondusif dan sesuai untuk aktiviti
pembelajaran, penempatan dan riadah.
6. Meningkatkan kualiti perkhidmatan, profesionalisme dan kemenjadian
pelajar melalui kerjasama dengan masyarakat dan alumni.

KISAH JAM

Kisah sebuah jam

Seorang pembuat jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Hai jam adakah engkau sanggup berdetik sekurang-kurangnya 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?” kata jam terperanjat.

“Saya tak sanggup!”

“Bagaimana kalau 86,4000 kali dalam 1 hari?” tanya pembuat jam


“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali dalam sehari? Dengan jarum yang kecil ni?” jawab jam dengan penuh tidak puas hati.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam 1 jam?”

“Dalam 1 jam harus berdetik sebanyak 3600 kali? Banyak sangat itu,” jam tetap ragu-ragu dengan kemampuannya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran berkata lagi kepada si jam

“Kalau begitu,sanggupkah kamu berdetik 1 kali setiap 1 saat?”

“Ok ,kalau begitu aku sanggup!” kata jam penuh semangat.

Maka setelah selesai dibuat,jam itu berdetik 1 kali setiap 1 saat.

Tanpa terasa detik demi detik berlalu dan jam itu ternyata sungguh luarbiasa kerana ternyata selama 1 tahun penuh ia telah berdetik tanpa henti

Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali!

Posted@www.isuhangat.net

Moral:

Adalakanya kita ragu-ragu untuk melakukan sesuatu pekerjaan/tugas kerana kita merasa tugas yang diberi terlampau berat, namun apabila kita telah mahu untuk melakukannya ternyata kita mampu membuatnya.

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
contoh dan tauladan

Rahsia Menjadi Manusia Terulung

Tokoh Yang Agung

Seronok berkongsi kisah orang berjaya sebagai motivasi diri. Terutama kepada orang yang tidak lupa diri walau pun sudah kaya raya dan berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Part yang paling menarik ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ialah beliau masih menggunakan kereta Proton Perdana. Sedangkan kita gaji naik lebih sikit jer, kereta lama meragam sibuk nak beli kereta baru import sedangkan cukup bulan gaji ngam-ngam bayar hutang.

Dan untuk lebih bergaya lagi kita menggunakan kad kredit supaya berbelanja lebih dari kemampuan gaji bulanan kita.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya
sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi
(RM750.00) ibunya simpan.

Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau
untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah
pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Mutiara kata…..

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.

Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.
Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.



Reben Kuning

Cuma mahu share sebuah cerita yang mungkin boleh membuatkan kita menilai diri kita, supaya sayangkan keluarga kita juga adakah kita mampu memaafkan orang lain.

Begini ceritanya (True Story)

Pada tahun 1971 surat khabar New York Post menulis kisah nyata tentang seorang lelaki yang hidup di sebuah kota kecil di White Oak, Georgia, Amerika. Pemuda ini menikahi seorang wanita yang cantik dan baik, sayangnya dia tidak pernah menghargai isterinya. Dia tidak menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Dia sering pulang malam dalam keadaan mabuk, lalu memukul anak dan isterinya.

Satu malam dia memutuskan untuk mengadu nasib ke kota besar, New York. Dia mencuri duit tabung isterinya, lalu dia naik bas menuju ke utara, ke kota besar, ke kehidupan yang baru. Bersama-sama beberapa temannya dia memulakan perniagaan baru. Untuk beberapa ketika dia menikmati hidup yang dia idamkan – Sex, judi dan dadah. Dia menikmati semuanya dan melupakan anak isterinya.

Bulan berlalu. Tahun berlalu. Bisnesnya gagal, dan dia mulai kekurangan wang. Lalu dia mulai terlibat dalam perbuatan jenayah. Ia menulis cek palsu dan menggunakannya untuk menipu wang orang. Akhirnya,dia tertangkap. Polis memasukkan dia ke dalam penjara, dan pengadilan menghukum dia tiga tahun penjara.

Menjelang akhir masa penjaranya, dia mulai merindukan rumahnya. Dia merindukan isterinya. Dia rindu keluarganya. Akhirnya dia memutuskan untuk menulis surat kepada isterinya, untuk menceritakan betapa menyesalnya dia. Bahawa dia masih mencintai isteri dan anak-anaknya.

Dia berharap dia masih boleh kembali. Namun dia juga mengerti bahawa mungkin sekarang sudah terlambat, oleh kerana itu ia menulis suratnya dengan menulis, “Sayang, engkau tidak perlu menunggu aku.

Namun jika engkau masih ada perasaan padaku, mahukah kau nyatakan?

Jika kau masih mahu aku kembali padamu, ikatkanlah sehelai pita kuning bagiku, pada satu-satunya pohon beringin yang berada di pusat kota. Apabila aku lalu dan tidak menemui sehelai reben kuning, tidak apa. Aku akan tahu dan mengerti. Aku tidak akan turun dari bas, dan akan terus menuju Miami. Dan aku berjanji aku tidak akan lagi menganggu engkau dan anak-anak seumur hidupku.”

Akhirnya hari pelepasannya tiba. Dia sangat gelisah. Dia tidak menerima surat balasan dari isterinya. Dia tidak tahu apakah isterinya menerima suratnya atau sekalipun dia membaca suratnya, apakah dia mahu mengampunkan kesalahan dia? Dia naik bas menuju Miami, Florida, yang melalui kampung halamannya, White Oak. Dia sangat sangat gugup. Seisi bas mendengar ceritanya, dan mereka meminta kepada pemandu bas itu, “Tolong, apabila lalu White Oak, jalan pelan-pelan…kita mesti lihat apa yang akan terjadi…”

Hatinya berdebar-debar saat bas mendekati pusat kota White Oak. Dia tidak berani mengangkat kepalanya. Peluh dingin meleleh deras.

Akhirnya dia melihat pohon itu. Air matanya menitis…

Dia tidak melihat sehelai reben kuning…

Tidak ada sehelai reben kuning….

Tidak ada sehelai……

Melainkan ada seratus helai reben-reben kuning….bergantungan di pohon beringin itu…Ooh…seluruh pohon itu dipenuhi reben kuning…!!!!!!!!!!!!

Kisah nyata ini menjadi lagu hits nombor satu pada tahun 1973 di Amerika. Pemandu bas tersebut menelefon surat khabar dan menceritakan kisah ini. Seorang penulis lagu menuliskan kisah ini menjadi lagu, “Tie a Yellow Ribbon Around the Old Oak Tree”dan menjadi hits pada bulan April 1973.

CERITA LAWAK

Alahai Penerbit
Seorang penerbit filem mahu menerbitkan sebuah filem yang paling canggih dalam dunia, dan dalam filem itu ada adegan pertempuran yang paling hebat pernah diadakan.
Penerbit : saya akan menggunakan dua pasukan tentera setiap satu mempunyai 25 ribu tentera.
Pengarah : kalau 2 pasukan mejadi 50 ribu, bagaimana kita mahu membayar mereka?
Penerbit : ini lah yang saya telah rancangkan, kita gunakan peluru hidup!

Pesanan
Sebagaimana menutup aurat, tutuplah apa yang paling penting ditutup. Jangan biarkan ia terbuka, nanti menimbulkan banyak masalah.

Karipap

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya."Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya."RM 1 cikgu!". jawabmurid itu spontan."salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang."mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"

Hari Yang Buruk

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis. "Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!" "Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku.

Hidup tanpa Makan

Seorang guru Tadika bertanya kepada semua murid-muridnya tentang cita-cita mereka. Semuanya silih berganti menyatakan cita-cita hendak menjadi doktor, jurutera, akitek, akauntan, pensyarah, ahli koprat, ahli politik, saintis, angkasawan, pengarah.Hanya seoarang sahaja yang cita-citanya mahu menjadi petani.
Guru Tadika: Sudin, mengapa cita-cita kamu hanya hendak menjadi petani?
Sudin: Saya hendak beri makan kawan-kawan saya.
Betul juga, kalau semua nak berkerjaya kolar putih siapa yang nak jadi petani, siapa nak angkat sampah,siapa nak jadi mat despatchkan?

Posmen Terkedu

Pada tengahari buta yang panas terik, seorang posmen datang menghantar surat.
"Assalamualaikum!" posmen beri salam.
"Waalaikumsalam", jawab tuan rumah, seorang lelaki tua.
Posmen : Ni rumah Encik Effendi bin Md Top, ke? (soalnya sambil mengesat peluh di muka)
Tuan rumah : Ya, saya.
Posmen : Fuh... pening kepala saya cari rumah pakcik ni, jalan berbelit-belit... .
Tuan rumah : Laa... buat susah aje encik ni! Apsal tak poskan aje surat ni?Posmen: ??

Lalat Dipancung

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan". hohoho

Pintu Oh Pintu

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu, seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar dengan ketinggian lima kaki.Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?".Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya.---------
MORAL:Sebagaimana menutup aurat, tutuplah apa yang paling penting ditutup. Jangan biarkan ia terbuka, nanti menimbulkan banyak masalah.

Anak
Di sebuah klinik, ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.
Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii...saya dah beri anak saya makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa ??Cepat bawa dia ke hospital!

Teka Teki Ala Mati
a) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??
B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??
C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?
D) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?
E) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?
F) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?
H) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?
I) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?
J) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?

Jawapan, scroll down. Tapi fikir ler dulu

Jawapan

:A-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...
B. Misai
C. Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen
D. Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..
E. Penguin
F. Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..
H. Tempat PerkuburanI. Lingkaran nyamuk Shieldtox
J. Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..

Orang Asli
Tiga orang asli yang berkawan baik tidak pernah keluar dari pedalaman suatu hutan, Satu hari mereka bertiga mahu mencari pengalaman di ibu kota. sebaik tiba di stesen keretapi, mereka beria-ria mahu cuba menaiki keretapi tersebut.Sebelum itu mereka telah membeli sebungkus "jajan" (snek) yang tidak pernah mereka makan sebelum ini. ketika berada dalam keretapi, mereka sangat seronok sekali.Dalam keseronokan itu, seorang dari mereka teringat akan jajan yang dibeli mereka, laludia makan tanpa mempelawa kawan-kawannya. sebaik sahaja dia makan, keretapi itu melalui terowong dan menyebabkan keadaan gelap seketika.Sebaik terowong lepas, dia bertanya pada kawan-kawannya," kamu sudah makan ini."kedua-dua kawannya menggelengkan kepala."Hurm... kamu jangan makan. tadi aku makan satu tiba-tiba saja mataku gelap sebentar... " katanya lagi...

Adakah Anda Dalam Golongan Ini
Ingatlah!!Jika kamu dimarah, kamu diam.Jika kamu difitnah, kamu senyumdanJika kamu dikeji, kamu ketawa....Nescaya dengan berbuat demikian....
kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang.....
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
: yang dah 3 tahun tak korek telinga...huargh huargh huargh!

Ayah Oh Ayah.....
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

PALING HEBAT

Bapa siapa paling hebat

Ajoi, Sumardi dan Sharom sedang bercerita tentang kehebatan bapa-bapa diaorang:

Sharom: Bapa aku hebat.. Dia boleh tumbangkan pokok dengan badannya jer.

Ajoi dan Sumardi : Hebatnya, ayah kau kerja aper?

Shahrom: Dia juara sumo

Sumardi: Hmm kalau camtu ayah aku lagi hebat. Dia boleh mengangkat barang seberat 1 tan.

Sharom dan Ajoi : Wah, ayah ko keje aper?

Sumardi : Ayahku juara angkat berat.

Ajoi: Kalau camtu hebat lagi bapa aku, dia boleh menghentikan lori tangki yang sedang dipandu laju dengan hanya satu tangan jer.

Sharom dan Sumardi: Wow… paling hebat nih, kalah bapa kitaorang. Bapak ko kerja aper Joi?

Ajoi: Bapa aku kerja polis trafik ..

Kisah kanak-kanak buta

Seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papantanda yang berkata: “Saya buta, tolong bantu.” Hanya ada beberapa syiling di cawan itu.

Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.

Tak lama kemudian cawan itu mula berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, “Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis”

Lelaki itu berkata, “Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis”

Aku menulis: “Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya.”

Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?

Moral Story: Bersyukurlah untuk apa yang anda miliki .. Jadi kreatif. Jadi inovatif. Berfikir secara berbeza dan positif.

Ketika kehidupan memberikan anda 100 alasan untuk menangis, menunjukkan kehidupan yang anda mempunyai 1000 alasan untuk tersenyum. Peganglah saat ini dengan keyakinan. Siapkan masa depan tanpa rasa takut. Jaga iman dan buanglah rasa takut.

Hal yang paling indah adalah melihat seseorang tersenyum …

Dan bahkan lebih indah adalah, mengetahui bahawa anda adalah alasan di balik itu!

Nikmati hari anda dengan hati syukur.


Lepaskan saja gelas-gelas itu

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Asal usul nama Google

Pasti para pembaca dayakarya sudah kenal sangat dengan nama Google. Enjin carian ini memang sangat familiar dengan para pengguna internet. Mulai dari enjin carian yang sangat cepat, google map, google mail, google translate, yang kaki cari duit pastinya suka jana wang dgn google adsense dan banyak aplikasi lain dari google yang pastinya anda pernah menggunakannya. Tapi apakah anda tau asal usul nama Google?

Pada tahun 1996 Larry Page dan Sergey Brin membuat sebuah web enjin carian yang mereka sebut dengan nama “BackRub” nama ini berasal dari istilah “Back Link”. Namun pada bulan September 1997 terjadi perbincangan untuk membahas kemungkinan nama yang baru untuk mesin pencari yang lebih canggih.

Universitas Stanford tempat Google dilahirkan, terjadi pembicangan serius tentang permasalahan ini. Sean Anderson salah satu pekerja Lary Page kemudian mengusulkan nama “googolplex”. Kemudian Lary Page merespon kata itu dengan menyingkat menjadi googol. Googol sendiri memiliki maksud sebuah angka yang sangat besar.

Kemudian Lary Page duduk di depan komputer dan mencuba melakukan pendaftaran nama nomain Googol untuk didaftarkan. Namun Lary Page salah mengeja dan menaip nama “google.com” alamat tersebut memang tersedia.

Namun begitu Lary Page suka dengan nama Google itu, beberapa jam setelah itu Lary Page mendaftarkan nama google.com atas nama dirinya dan Sergey Brin. Nama google.com tercatat pada tanggal 15 September 1997.

Kempiskan Perut Tanpa Modal

Perut boroi? Biasanya orang terutama para wanita sanggup mengeluarkan wang beratus ringgit untuk mengempiskan perut . Tetapi dengan teknik ini dapat mengempiskan perut dengan tanpa modal. Dinasihatkan berjumpa dengan doktor sebelum mengamalkannya. Ini adalah dari rancangan TV Jepun http://www.ntv.co.jp/ito-ke/

1.Siapkan straw.

cara mengempiskan perut

Potong 5 cm.

cara mengempiskan perut

Ratakan salah satu hujung straw.

cara mengempiskan perut

Tutup separuh lubang straw dengan selophan tape.

cara mengempiskan perut

Tarik nafas dalam-dalam, lalu tiup straw dengan kuat selama 5 saat.

cara mengempiskan perut

Lakukan selama 3 minit sehari.

cara mengempiskan perut

Yang pentingnya di sini, meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.

cara mengempiskan perut

Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.

cara mengempiskan perut

Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.

Tak percaya!? Cubalah!

Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda.

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;


1. Surah Al-Ikhlas
image

2. Surah Al-Falaq
image

3. Surah An-Naas
image

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

2.0 AYATUL KURSI
BACAAN
image

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah).
Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN

Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai
bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali.

Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas.

Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK
BACAAN

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Pengikut Setia

Aktiviti

Aktiviti

Klimaks 1

Klimaks 1

Klimaks 2

Klimaks 2

Klimaks 3

Klimaks 3

Klimaks 4

Klimaks 4

Klimaks 5

Klimaks 5

Ucapan P.Petang

Ucapan P.Petang

FASILITATOR

FASILITATOR
 

Copyright © 2009 by DAYA KARYA