Saturday, September 22, 2012

KEM SMART RC, BADLISHAH PEMENANG TEMPAT PERTAMA DAN KEEMPAT

Hari ini, bermulanya satu cerita yang perlu diceritakan bertujuan untuk perkongsian. Tatkala pelajar lain seronok bercuti, meniarap sambil penonton tv dan ada juga yang tak lenguh tangan menaip mengemaskini akaun facebook masing-masing.
Lain pula dengan keringat 28 orang pelajar yang cuba menghasilkan lakaran terbaik bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh lembaga peperiksaan, ada yang kusyuk tanpa sepatah bicara, ada yang manja bertanya, dan ada juga yang mengetuk kepala meminta idea. Apapun mereka telah cuba yang terbaik. Cuba memeriahkan suasana dan juga cuba untuk menghasilkan lakaran terbaik yang memenuhi kehendak pentaksir.
Alahamdulillah berkat kesabaran dan kecekalan 2 orang pelajar Badlishah antara 10 yang terbaik. Yang paling harumnya seorang pelajar iaitu Michael John berjaya meraih tempat pertama iaitu lakaran terbaik yang memenuhi kriteria diikuti Hafizha yang melakar dengan senyum comel berjaya mendapat tempat keempat. Syukur dan tahniah dan syabas kepada semua Pelajar Balishah yang berjaya berkerja berkumpulan dan mengharumkan nama Badlishah, Bertepuk tangan tanda sokongan kepada kedua-dua teman yang berjaya melonjakkan nama Badlishah.
Tahniah, kita pulang hari ini dengan senyuman puas.
Saksikan rakaman imej ini.

Tajuk : Kem Smart RC
Tarikh : 22 September 2012
Masa : 8 Pagi - 5 Petang
Tempat : SMK Tunku Putera
Anjuran : Jabatan Pelajaran Negeri Kedah

Tibanya di lokasi sambil memerhatikan pemandangan
gunung yang dipenuhi dengan Kabus

Aduh kena migrain.. Bla...bla...bla

Asyik dan seronok

Tak sabar nak bermula




Tuan Rumah SMK Tunku Putera







SMK Pekulai Jaya



SMK Bakai

SMK Gurun

SMK Sultan Badlishah



SMK Sik

Juri Memilih Lakaran Terbaik

Pelajar Menunggu Keputusan sambil diberikan taklimat oleh En Sofi
Ketua Pentaksir Negeri Kedah



Penceramah En Zakaria dari SMK Sik

Antara Hadiah untuk pemenang

Nur Hafizha Nurdin- Tempat keempat lakaran yang memenuhi kriteria

Tempat Pertama- M. John Sambil Lukisan dilihat oleh Ketua Pentaksir Negeri

Ketua Pentaksir berpuas hati atas pemilihan tersebut

Inilah habuannya. Tahniah dan Syabas

Bergambar kenangan di sebalik gunung Baling dan Bendera tercinta
Negaraku Malaysia

Tahniah dan Syabas
Perjuangan kini bermula

No comments:

Post a Comment

Aktiviti

Aktiviti

Klimaks 1

Klimaks 1

Klimaks 2

Klimaks 2

Klimaks 3

Klimaks 3

Klimaks 4

Klimaks 4

Klimaks 5

Klimaks 5

Ucapan P.Petang

Ucapan P.Petang

FASILITATOR

FASILITATOR
 

Copyright © 2009 by DAYA KARYA