Sunday, July 1, 2012

CERAMAH ISRAK & MIKRAJ

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa..
Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Ustaz Jisni sebagai pengacara Majlis




Antara guru yang kusyuk mendengar tazkirah



Buraq lebih laju dari Motor ni
Terima Kasih Atas Tazkirah yang telah diberikan

No comments:

Post a Comment

Aktiviti

Aktiviti

Klimaks 1

Klimaks 1

Klimaks 2

Klimaks 2

Klimaks 3

Klimaks 3

Klimaks 4

Klimaks 4

Klimaks 5

Klimaks 5

Ucapan P.Petang

Ucapan P.Petang

FASILITATOR

FASILITATOR
 

Copyright © 2009 by DAYA KARYA