Kem Petah Bicara telah dirancang untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang kepakaran masing-masing. Program ini melibatkan semua ahli persatuan. Program ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang berbakat dalam sesuatu kemahiran dan menanam sikap berani berkomunikasi di khalayak ramai.
Maklumat Program:
Tarikh : 25 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 – 1.30 petang
Tempat : Bilik Multimedia 2,
: Bilik Multimedia 3,
: Dewan Samsuddin, SMK Sultan Badlishah
Kehadiran : Pelajar- 40 orang
Guru - 8 orang
Pengisian slot ini berkenaan taklimat program dan pembahagian kumpulan mengikut kumpulan aktiviti iaitu kumpulan pidato, kumpulan bicara berirama dan kumpulan pantun. Setiap kumpulan aktiviti dikehendaki berlatih mengikut bidang masing-masing sebelum pembentangan. Bagi kumpulan pantun, guru yang terlibat melatih para pelajar ialah Pn. Hjh Raziah bt. Abd Aziz dan Pn. Habibah bt. Musa. Manakala Pn. Fatimah bt. Yusoff pula bertanggungjawab melatih kumpulan pidato dan bicara berirama. Sesi diteruskan dengan persembahan dari pelajar mengikut bidang masing-masing diikuti dengan penilaian oleh penyelaras program Pn. Mahaya selaku Guru Kanan Bahasa.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
No comments:
Post a Comment