Syabas dan tahniah kepada semua warga Badlishah di atas kejayaan sebagai salah sebuah sekolah yang ulung di rantau ini. Alhamdulillah, syukur setelah sekian lama kita berjuang, akhirnya Badlishah telah berjaya dinobatkan sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan. Usaha Gigih anda semua telah membuahkan hasil.
Majlis penyempurnaan Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan ini telah di sempurnakan di Kulim Golf & Resort. Tahniah kepada Mantan Pengetua, Pn Hajjah Azizah Rasol kerana akhirnya Badlishah Berjaya dinobatkan sebagai salah satu sekolah terhebat di Malaysia. Walaupun Tuan Pengetua telah bersara, Namun anugerah ini sekaligus menjadi hadiah istimewa sempena persaraan beliau. Terima Kasih dari kami warga Badlishah.
Seimbas Lalu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


























Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
No comments:
Post a Comment