Tuesday, May 11, 2010

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Kedah Darul Aman
Isnin, 10 Mei 2010 telah diadakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman yang telah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah  Kulim Bandar Baharu bertempat di SMK Taman Jelutong Kulim, Kedah.
Persertanya terdiri daripada PPD Pendang, PPD Kuala Muda/Yan, PPD Baling/Sik, PPD Padang Terap, PPD Langkawi, PPD Kota Setar, PPD Kubang Pasu dan PPD Kulim Bandar Baharu (SMK Sultan Badlishah)
Pertandingan tersebut bermula jam 9.00 Pagi dan para peserta telah memberikan saingan yang cukup sengit sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut.
Pasukan sekolah yang mewakili PPD Kulim Bandar Baharu iaitu bagi kategori BM dan BI telah berjaya mandapat Naib Johan BM dan Naib Johan BI. Tahniah dan Syabas diucapkan.
Johan Bagi Kategori BM disandang oleh PPD Kubang Pasu (diwakili oleh SMK Jitra) dan Johan bagi kategori BI pula disandang oleh PPD Kuala Muda/Yan (diwakili oleh SMK Ibrahim) dan akan mewakili Kedah ke peringkat Kebangsaan
Bagaimanapun Pendebat terbaik pertandingan bagi kategori Bahasa Melayu disandang oleh Syahidah dari SMK Sultan Badlishah.


Lensa Camera








No comments:

Post a Comment

Aktiviti

Aktiviti

Klimaks 1

Klimaks 1

Klimaks 2

Klimaks 2

Klimaks 3

Klimaks 3

Klimaks 4

Klimaks 4

Klimaks 5

Klimaks 5

Ucapan P.Petang

Ucapan P.Petang

FASILITATOR

FASILITATOR
 

Copyright © 2009 by DAYA KARYA