Pancaragam sekolah telah membuat persembahan semasa upacara pembukaan perasmian Sukan Daerah Kulim Bandar Baharu. Pelajar SMK Sulatan Badlishah telah menunjukkan bakat dalam mempersembahkan lagu yang didendangkan.
Pelajar-pelajar digalakkan untuk menghantar esei @ coretan @ nukilan sebagai galakan bacaan untuk rakan-rakan. Hasil nukilan boleh diserahkan kepada Cikgu Hasni(sesi petang) & Cikgu Zamzuri (sesi pagi)Untuk diterbitkan. Karya yang dihantar akan diedit sebelum diterbitkan. Harap Maklum, Editor Daya Karya
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.'
Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'
Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'
'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'
'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'
'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya':69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci surga itu?'
Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'
Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.'
Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. '
Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. '
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .**
NOTA: Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.
Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Wallahua'lam
semana kaya atau besar...tetap Allahuakbar!!!! ittaqullah!!!!!
KECEMERLANGAN BADLISHAH
KECEMERLANGAN 2
KECEMERLANGAN 3
KECEMERLANGAN 4
KECEMERLANGAN 5
KECEMERLANGAN 6
KECEMERLANGAN 7
Gambar Qiamullai Boleh Dilihat Di bawah
Aktiviti Qiamullai Tarikh : 6 Ogos 2009 (Khamis) 6.30 Petang : Pendaftaran Peserta 7.00 Malam : Bacaan Yassin 7.50 Malam : Solat Maghrib Berjemaah 8.00 Malam : Sesi Ceramah Dan Kaunseling tetamu Jemputan. 10.50 Malam: Supper 11.10 Malam : Solat Isyak Berjemaah 11.30 Malam : Para Peserta Melelapkan Mata 04.00 Pagi : Solat Sunnat Tahajjud-Memohon Keampunan serta keredhaan Allah S.W.T
Motivasi
PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan: 1. Makan mencangkung payah dapat rezeki. 2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh. 3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning. 4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah. 5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding. 6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil. 7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing. 8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu. 9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar. 10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua. 11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut. 12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh. 13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki. 14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
Seindah ABC A : Adil pada dirimu B : Beranikan dirimu C : Cekalkan hatimu D : Derma selalu E : Elakkan pertelingkahan sesama kite F : Fikir sebelum bertindak terburu2 G : Gembira selalu H : hormat orang tua I : Ingat akan tuhan J : Jangan berdusta K : Kasih akan daku L : Lemah lembut amalan semua M : Makan makanan seimbang N : Nafsu jangan dituruti O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu P : Pentingkan kesihatanmu Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu R : Rajin berusaha T : Tanamkan sifat bekerjasama U : Utamakan alam sekitar V : Variasikan pengalamanmu W : Wajibkan amalan membaca AQX : X-ray diri sendiri Y : Yakin pada diri sendiri Z : Zalim jangan sekali
Fikirkanlah
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan. Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa. Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
7-9 Mei 2009 Program ini dilaksanakan di SMK Sultan Badlishah bagi membentuk pelajar supaya lebih berketrampilan serta memenuhi kehendak menjadi insan yang bersahsiah tinggi
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009
Atur Cara Majlis (19 Mei 2009)
9.30 Pagi : Para jemputan mengambil tempat : Ketibaan Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu : Ketibaan Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman : Ketibaan Yang Berbahagia Pegawai Daerah Kulim : Ketibaan Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri : Ketibaan Yang Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman
10.00 Pagi : Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman : Lagu “ALLAH SELAMAT SULTAN” : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman memeriksa Barisan Kehormatan Pasukan Beruniform Sekolah
10.15 Pagi : Hari Anugerah Cemerlang dimulakan : Bacaan Doa : Ucapan Alu-aluan dan Laporan Pengetua : Ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman : Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah menganugerahkan hadiah kepada para pelajar : Persembahan cenderamata kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
11.40 Pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah ke kamar istirahat
12.00 Tengahari : Majlis Santapan Diraja dan Jamuan
12.30 Tengahari : Keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman : Lagu “ALLAH SELAMAT SULTAN”
No comments:
Post a Comment