Pendahuluan
SMK. Sultan Badlishah telah dinobatkan sebagai Sekolah Klauster Kecemerlangan (SKK) bagi Kebitaraan Bahasa Melayu. Sejajar dengan itu pihak Panitia Bahasa Melayu telah berbincang dan bersepakat untuk menjalankan beberapa program termasuklah untuk memantapkan penguasaan pelajar dalam Bahasa Melayu. Dengan itu, program Cakna Tatabahasa telah dirangka untuk memenuhi keperluan tersebut. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan Lima iaitu pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Tingkatan Tiga iaitu pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaan Menengah Rendah (PMR).
Program ini bertujuan memantapkan penguasaan pelajar dalam aspek tatabahasa. Pelajar akan didedahkan dengan formula-formula dan hukum tatabahasa yang betul supaya dapat diaplikasikan dalam penulisan karangan, mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan juga dalam pertuturan seharian.
Tarikh Program Cakna Tatabahasa SPM
Tarikh: 28 JANUARI 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 -12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Samsudin, SMK. Sultan Badlishah.
Penceramah Jemputan: Tuan Haji Harum bin Awang (SMK Sultanah Asma)
Tarikh Program Cakna Tatabahasa PMR
Tarikh: 23 FEBRUARI 2012
Hari: Khamis
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Tempat: Dewan Samsudin, SMK. Sultan Badlishah.
Penceramah Jemputan: Encik Shafie bin Jaafar (SMK. Dato’ Lela Pahlawan)
No comments:
Post a Comment