Friday, November 16, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN AKHIR TAHUN 2012

Mesyuarat Pengurusan Akhir Tahun

     Di kala semua warga SMK Sulatan Badlishah bercuti, barisan pengurusan SMK Sultan Badlishah bermesyuarat sebagai persediaan tahun 2013. Siri mesyuarat yang masih lagi belum selesai akan bersambung pada tarikh 26 November. Banyak dasar-dasar yang baharu akan dilaksanakan pada tahun depan.
BUDAYA TUTUP ASRAMA
SESI 2012
     Asrama SMK Sultan Badlishah baru-baru ini mengadakan gotong royong Budaya Tutup Asrama. Sepanjang minggu terakhir persekolahan, semua penghuni asrama diarahkan mengemas semua peralatan peribadi dan mengosongkan semua bilik-bilik khas.  Asrama SMK Sultan Badlishah juga akan diberi 'facelift' yang baru unutk tahun 2013 dengan beberapa penambahan kemudahan kepada semua penghuni nya.
Kemas Yob jangan tak kemas!!

 
CE 2 SMK Sultan Badlishah Menang
2 Anugerah di Pertandingan Formula 1 in School Peringkat Kebangsaan

      Pasukan CE 2 SMK Sultan Badlishah baru-baru ini menyertai Pertandingan Formula 1 in School Peringkat Kebangsaan di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun, akhirnya pasukan kita berjaya memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Pasukan 1 Malaysia dan Champion Knockout Challenge.
Menerima Piala untuk Anugerah Pasukan 1 Malaysia
     Puan Pengetua Hajah Zaharah bt Ishak telah hadir sama untk memberi sokongan kepada paskan CE 2 kita. Menurut Encik Hishamudin, penasihat pasukan CE 2 ini, saingan tahun ini amat sengit dan dengan kehadiran hakim-hakim baru menyebabkan sasaran pasukan CE 2 agak tersasar. Walaubagaiamna pun kita amat berbangga dengan kejayaan pasukan CE 2 kita. Kepada Encik Hishamudin..don't give up!!!! Go Badlishans!!!
Encik Zawawi bersama Pasukan Cumolo dari Johor

Puan Pengetua begitu teruja dengan penjelasan Encik Hishamudin
Kereta CE 2 yang telah berjaya merangkul Petronas Knockout Challenge
                                                                                                                  

Saturday, November 3, 2012


PROGRAM PERANTARABANGSAAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KE 
SMA NEGERI 1, SURABAYA, INDONESIA
PADA : 29 - 31 OKTOBER 2012

Seramai 40 orang pelajar daripada kedua-dua kebitaraan Kluster SMK Sultan Badlishah mneruskan agenda Kebitaraan masing-masing dengan melawat dan mengadakan perlawanan dengan sekolah SMAN 1 Surabaya, Indonesia. Rombongan ini juga diiringi oleh 5 orang guru yang terdiri daripada Tn Hj Puzer bin Mohamad, GPK Pentadbiran, Abdul Rahim bin Ali, GK Kemanusiaan, Pn Zaiton bin Hashim, Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Pn. Razaih binti Abd Aziz, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dan Mohamad Zakuan bin Abu Bakar selaku fotografer rombongan. Kebanyakan pelajar amatlah gembira kerana dapat berpeluang mengalami pengalaman
baru menaiki kapalterbang. Walaupun keletihan dengan kelewatan penerbangan yang sedikit sebanyak merentap semangat rombongan kita ini.
     Menginap di Hotel Maumo telah menyuntik kembali tenaga dan semangat. Dengan dibantu oleh pemandu kami di Surabaya Bapak Andi Sadieq, kami tiba di perkarangan SMAN 1 sekitar jam 9.00 pagi. Perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis adalah betapa 'antik' nya SMAN 1 ini se'antik' SMK Sultan Badlishah.
     Kedatangan yang disambut dengan Tarian Sambutan yang amat menarik di ikuti oleh ucapan aluan oleh Kepala Sekolah Bapak Nurhasan. Seterusnya dalah persembahan lagu patriotik yang disampaikan oleh Afifah dan juga beberapa bait puisi yang menyentap jiwa oleh pelajar-pelajar SMAN 1.
       Acara debat antara dua sekolah terus dijalankan. Ternyata kedua-dua pihak amat 'pantas' dalam melantunkan hujah masing-masing. Syabas kepada semua pendebat. Semuanya adalah sama hebat.
     Seusai sahaja perdebatan antara dua negara, pasukan badminton kita mengambil peranan dalam memperjuangkan kebitaraan SMK Sultan Badlishah. Sebanyak tiga perlawanan diadakan dan sekolah
kita telah berjaya mengunggulinya dengan agregat  2-1. Tahniah kepada semua peserta.                                                                                    

Tuesday, October 2, 2012

BENGKEL F1 IN SCHOOL

PERTANDINGAN F1 IN SCHOOL PERINGKAT KEBANGSAAN

Tempat : Dewan Millennium QueensBay Mall Penang
Tarikh : 5-7 November 2012
Penyertaan adalah Terhad
Terbuka kepada pelajar T1-T4 SMK Sultan Badlishah
Sebarang Pertanyaan Boleh dikemukakan kepada Cikgu Hishammudin



Sunday, September 30, 2012

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YAASIN PELAJAR SPM DAN STPM 2012 DAN KONFERENSI WARIS PERCUBAAN SPM 2012

Program telah dijalankan pada Ahad,30 September 2012 mulai jam 11.30 pagi. Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin diadakan di Surau Al-Ehsan manakala Majlis Konferensi sejurus selepas itu di dua lokasi iaitu Kelas 5S1 hingga 5S5 di Bilik Mesyuarat manakala 5S6 hingga 5S10 di Dewan Syed Omar(Dewan Terbuka Blok Pentadbiran)




























Waris dan pelajar berwudhuk

Taklimat disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Mansor

Solat Hajat

Waris dan pelajar bersiap untuk bacaan Yaasin

Bacaan Yaasin

Kehadiran waris amat menggalakkan

Menunggu giliran untuk berjumpa guru kelas

Perbincangan membuahkan kejayaan

Pencapaian diutamakan

Sabar menanti...

Perbincangan (Musyawarah) antara waris dan guru

Demi kejayaan anakku.....

Pertingkatkan pencapaian dalam SPM nanti