Tuesday, May 25, 2010

HAC 2010

Semua Ibubapa serta ALUMNI dijemput untuk memeriahkan Hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada:-
Tarikh : 2 & 3 Jun 2010
Masa  : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Samsudin SMK Sultan Badlishah

Monday, May 24, 2010

Badlishah JOHAN Konvensyen Usahawan Muda

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menjadi Johan Pertandingan Konvensyen  Usahawan Muda (PUM) peringkat negeri Kedah kali ke-14 yang diadakan di bandar Darulaman Jitra Kedah Pada 24 Mei 2010.
Badlishah telah memenangi kategori :-
-Guru Pembimbing Terbaik (JOHAN)
-Pengetua Terbaik (JOHAN)
-Laporan Syarikat Terbaik (JOHAN)
-Produk Kreatif Terbaik (JOHAN)
-Pengurus Terbaik (JOHAN)

Friday, May 21, 2010

Jambori 1 Belia 1 Malaysia

Pada Tahun ini sambutan hari belia telah menjemput pasukan pengakap malaysia untuk memeriahkan sambutan yang diadakan di Taman Wetland Putrajaya. Perhimpunan ini dikenali dengan nama Jambori 1 Belia 1 Malaysia.
SMK Sultan Badlishah telah menghantar 26 Orang pelajar untuk menyertai perkhemahan jambori sempena hari belia ini yang telah diiringi oleh 3 orang guru iaitu En Zakuan (Penolong Kanan Kokurikulum), En Mohd Hasni (Guru Penasihat Pengakap) dan En Zawawi selaku penyelaras Kokurikulum sekolah. 
Sepanjang perkhemahan ini yang diadakan pada 13 hingga 16 Mei pasukan sekolah telah menjalani pelbagai aktiviti iaitu kawad kaki, kawad tongkat, persembahan malam kebudayaan, isyarat radio dan sebagainya yang membentuk pelajar menjadi seorang insan yang berketrampilan, dan mempunyai sahsiah yang tinggi. 
Alhamdulillah perkhemahan ini telah berlangsung dengan selamat dan berjaya.

ZOOM CAMERA
Perjalanan Per

Perjalanan Pulang
 

Tuesday, May 11, 2010

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Kedah Darul Aman
Isnin, 10 Mei 2010 telah diadakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman yang telah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah  Kulim Bandar Baharu bertempat di SMK Taman Jelutong Kulim, Kedah.
Persertanya terdiri daripada PPD Pendang, PPD Kuala Muda/Yan, PPD Baling/Sik, PPD Padang Terap, PPD Langkawi, PPD Kota Setar, PPD Kubang Pasu dan PPD Kulim Bandar Baharu (SMK Sultan Badlishah)
Pertandingan tersebut bermula jam 9.00 Pagi dan para peserta telah memberikan saingan yang cukup sengit sepanjang berlangsungnya pertandingan tersebut.
Pasukan sekolah yang mewakili PPD Kulim Bandar Baharu iaitu bagi kategori BM dan BI telah berjaya mandapat Naib Johan BM dan Naib Johan BI. Tahniah dan Syabas diucapkan.
Johan Bagi Kategori BM disandang oleh PPD Kubang Pasu (diwakili oleh SMK Jitra) dan Johan bagi kategori BI pula disandang oleh PPD Kuala Muda/Yan (diwakili oleh SMK Ibrahim) dan akan mewakili Kedah ke peringkat Kebangsaan
Bagaimanapun Pendebat terbaik pertandingan bagi kategori Bahasa Melayu disandang oleh Syahidah dari SMK Sultan Badlishah.


Lensa Camera