Thursday, April 29, 2010

PERTANDINGAN KAWAD KAKI -PPD KULIM BANDAR BAHARU

Selasa, 27 & 28 April telah diadakan pertandingan kawad kaki peringkat daerah Kulim Bandar Baharu. Dalam pertandingan ini SMK Sultan Badlishah telah menghantar 5 pasukan untuk bertanding iaitu:
GO     (P) BOMBA
NGO  (L) PENGAKAP
NGO  (P) PUTERI ISLAM
KRS   (L)
KRS   (P)

Pertandingan ini diadakan bagi membentuk pelajar yang berdisiplin berdedikasi serta mempunyai asas sahsiah yang tinggi. Persembahan semua pasukan amat memuaskan.
SMK Sultan Badlishah telah berjaya merangkul semua pingat bagi ketagori yang dipertandingan iaitu :
Pengakap-Naib Johan
Puteri Islam-Tempat Ketiga
Bomba-Tempat Ketiga
KRS (L)-Johan
KRS (P)-Naib Johan
Syabas dan tahniah diucapkan
Saksikan rakaman dokumentasi sepanjang pertandingan kawad kaki tersebut.
Hari Ini Dalam Sejarah

Pemeriksaan Pakaian

Kawad Formasi 

Lensa Camera
 


Monday, April 26, 2010

PAMERAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Ahad, 25 Mac 2010, telah diadakan pameran sivik dan kenegaraan yang dianjurkan oleh Panitia Sivik & Kewarganegaraan yang diadakan di dewan terbuka SMKSB. Pameran ini melibatkan pelajar tingkatan 1 & 2 SMK Sulatan Badlishah. Sambutan terhadap pemeran ini amat menggalakkan. Pelajar-pelajar telah memberikan komitmen yang begitu baik sepanjang pameran diadakan. Pameran ini mengenengahkan barang-barang antik dan klasik. 
Penyelia Petang di dalam ucapanya berkata pameran sebegini harus diteruskan di samping memberikan banyak manfaat kepada pelajar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya memberikan kerjasama di sepanjang pameran ini berlangsung.

Monday, April 19, 2010

Pelancaran Program Straight A's

Tahniah dan Syabas kepada pelajar yang telah berjaya memperolehi semua A di dalam peperiksaan pertengahan penggal 1 yang lepas. Kekalkan dan teruskan berusaha untuk mencapai serta mengecapi kejayaan di masa yang mendatang. Bagi yang kurang berjaya teruskan berusaha supaya beroleh kejayaan yang diimpikan. Tahniah di atas segala jasa guru yang mendidik sehingga lahirnya jiwa yang berjaya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajjah Azizah Bt Rasol pada 18 April 2010 di Dewan Terbuka SMK Sultan Badlishah.

Saturday, April 17, 2010

SENAMAN PAGI AHAD

AHAD, 18 April 2010. Aktiviti senaman pagi dijalankan di tapak perhimpunan pagi di Halaman Samsudin mulai jam 7.15 pagi. Program senaman pagi ini menonjolkan sedikit kelainan daripada aktiviti sebelum ini,di mana warga SMKSB sesi pagi memulakan aktiviti memanaskan badan dan regangan diketuai oleh Cikgu Mohd Sanusi,Cikgu Azrul Qursairy dan atlet-atlet olahraga. Seterusnya pelajar-pelajar dilepaskan untuk aktiviti berjalan kaki diiringi oleh guru-guru melalui laluan Kampung Syed Sheh, Taman Seluang dan seterusnya kembali ke Halaman Samsudin.