Tuesday, March 30, 2010

TAHNIAH KEPADA ATLET SEKOLAH

Pada 24 - 27 Mac 2010 telah diadakan satu kejohanan sukan antara sekolah-sekolah daerah Kulim. Kejohanan tersebut telah disertai oleh atlet sekolah. Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar untuk diketengahkan di peringkat Negeri.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet sekolah kerana telah berjaya menyerlahkan diri antara 10 kelompok kontijen terbaik kejohanan (N0-6). Atlet sekolah telah berjaya merangkul 4 Emas, 3 Perak, dan 3 Gangsa.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama.
Warna-Warni Kejayaan 

Ucapan tahniah Pengetua kepada Atlet sekolah


Rakaman Sepanjang Temasya


Sunday, March 21, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH KBB-LENCANA USAHA

Pasukan Uniform sekolah yang terdiri daripada 32 ahli pengakap telah menyertai perkhemahan lencana usaha yang telah diadakan di SMK Tunku Panglima Besar pada 11-13 Mac 2010. Perkhemahan ini adalah bertujuan untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan yang berjaya memimpin diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Pelajar-pelajar juga diajar asas ikatan tali, asas pertolongan cemas dan banyak aktiviti lain yang menarik. Semoga pelajar yang menyertai perkhemahan ini mendapat ilmu yang berguna dimanfaatkan untuk hidup di masa hadapan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan lencana usaha.
 Aktiviti Seterusnya


Pertolongan Cemas