Sunday, December 27, 2009

Pendaftaran pelajar baru (tingkatan satu)

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan tempat di SMK Sultan Badlishah. Pelajar ini bakal menghiasi segenap pelusuk sekolah.
Pendaftaran pelajar tingkatan satu akan diadakan pada 29 Disember 2009.
Selamat datang dan tahniah sebab anda bakal menjadi pelajar sekolah ini.

Welcome Back-Selamat Kembali Ke sekolah

Admin di sini ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar SMK Sultan Badlishah.... Ingat sekolah akan bermula pada 03 Januari 2010. Pada sesiapa yang terlupa dan masih belum sedar dari terlelap... pastikan anda dah bersedia untuk berjuang habis-habisan pada tahun 2010.
Penuhi jiwa anda dengan sikap yang murni, bersih dan penuh dengan ketatasusialaan.
Pastikan anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal serta segala kelengkapan yang diperlukan untuk tahun hadapan... selamat berjaya untuk semua.

Keputusan PMR sudah diumumkan dan tahniah kepada pelajar yang berjaya.... bagi yang tak mencapai target buat yang terbaik untuk SPM nanti. Tuhan sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Prestasi calon luar bandar makin baik

PUTRAJAYA: Seramai 28,188 pelajar atau 6.37 peratus daripada 442,721 calon memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, berbanding 26,378 tahun lalu.

Nilai Gred Purata Nasional (GPN) peperiksaan itu juga bertambah baik tahun ini iaitu 2.78 berbanding 2.83 tahun lalu, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.



Prestasi calon luar bandar juga semakin baik apabila 4,775 berjaya memperoleh semua A berbanding 4,345 tahun lalu, manakala 87,936 melepasi tahap minimum gred A, B, C dan D.

Nilai GPN bagi calon luar bandar juga bertambah baik daripada 3.02 tahun lalu kepada 2.97 tahun ini.

Calon bandar yang mendapat semua A juga meningkat kepada 22,901, berbanding 21,576 tahun lalu, manakala GPN bertambah baik daripada 2.72 kepada 2.68 tahun ini. Alimuddin berkata jurang perbezaan antara calon bandar dan luar bandar juga semakin rapat berdasarkan penguncupan nilai beza GPN antara kedua-dua kumpulan, iaitu 0.3 pada tahun lalu kepada 0.29 tahun ini.

"Bagaimanapun, daripada segi pencapaian semua A, jurang perbezaan pencapaian calon bandar dan luar bandar meningkat daripada 5.11 peratus kepada 5.22 peratus," katanya.

Antara 10 sekolah harian terbaik termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, Selangor: SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu: SMK Sultan Badlishah, Kulim dan SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK Derma, Kangar.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan SM Imtiaz, Kuala Berang; Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

PMR tahun ini juga menyaksikan kumpulan pertama 156 calon mengambil subjek Pendidikan Kesenian di dua sekolah iaitu Sekolah Seni Johor Baharu (SSeJB) dan SSe Kuching. Subjek kesenian yang diambil ialah Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual.

Bidang teater menunjukkan pencapaian tertinggi apabila 35 calon atau 22.4 peratus mendapat peringkat tertinggi Band 4.

"Seramai 12 calon SSe pencapaian cemerlang dalam akademik dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran teras," katanya.

Selain itu, tujuh pelajar istimewa disenaraikan calon terbaik iaitu empat mendapat 7A, dua 8A dan seorang 9A.

Alimuddin juga berkata, ada peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam jumlah pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik, manakala bagi mata pelajaran Sains daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Bagaimanapun, katanya, berlaku penurunan tidak ketara kepada prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI).

"Peratus berbanding tahun lalu untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 kepada 25.6 tahun ini dan BI daripada 16.4 peratus kepada 16.1," katanya.

Monday, October 26, 2009

TETAMU UTAMA BINTANG KECIL 2009



NAMA
ABDULLAH ABDUL KADIR

ALAMAT
252 LORONG PUTEH, TAMAN RAKYAT,
MERGONG, 05150 ALOR SETAR KEDAH

TARIKH LAHIR
29 APRIL 1951


NAMA ISTERI
RADZIAH NORDIN


BILANGAN ANAK
1


TARIKH MENDIRIKAN
RUMAH TANGGA
1976/1995


PENDIDIKAN RENDAH  
SEKOLAH KEBANGSAAN MAHANG
SERDANG ENGLISH SCHOOL
SEK TUNKU MALIK

PEDIDIKAN MENENGAH
SMK SULTAN BADLISHAH


PENDIDIKAN TINGGI  
PRIVATE COLLEGE KUALA  LUMPUR

KERJAYA
ERICCSON TELEPHONE SHAH ALAM
MAZYU SDN BHD PORT KLANG
GMA RESOURCES SDN BHD KUALA LUMPUR
RBN LUBRICANT ALOR STAR

Assalamualaikom wbt dari saya dan seluruh warga bekas Lepasan Sekolah Badlishah.Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan pihak sekolah mempunyai laman webnya sendiri,ini adalah usaha padu oleh pihak sekolah yang mempunyai wawasan. Kami sentiasa mengikuti segala perkembangan dan kemajuan sekolah menerusi laman ini dan apa yang pihak Persatuan dapati adalah sangant membanggakan. Kami dipihak Persatuan akan sentiasa membantu sekadar yang termampu bagi menjayakan sesuatu aktiviti sekolah. Setakat ini pihak sekolah telah memberi kerjasama yang sangat memuaskan pada Persatuan terutamanya pada Mesyuarat Agung dan majlis Reunion, kami berharap kerjasama ini akan terus diberikan pada masa-masa hadapan.


Sekian dan pihak Persatuan mengucapkan Selamat Maju Jaya dan terima kasih pada pihak sekolah yang memberi ruang untuk sepatah dua dari kami.


Ikhlas dari

Abdullah Abd Kadir


Presiden


Persatuan Lepasan Sekolah Badlishah

Sunday, September 13, 2009

Malam Lailatul Qadar

Malam ini malam 23 ramadhan. Sekadar peringatan tinggal 6 malam sahaja sebelum Megasale Pahala di bulan mulian ini. Sekadar muhasabah diri, bagaimana dengan pencarian malam Lailatul Qadar?

Daripada Aishah r.a telah berkata : ” Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)

Rasulullah SAW kekasih kita yang confirm ahli Syurga pun beribadat sampai begitu, tidak malukah kita?

Hadis dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya):
“Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Ramadhan) iaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”.

(HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan disahihkan oleh keduanya).

Kemudian hadis dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya) “Sesungguhnya tanda Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)

Tuesday, September 8, 2009

Sempena Syawal yang Bakal Tiba

Sama-samalah kita mengunjungi pusara-pusara.
dan sama-samalah kita bersedekah Al-fatihah untuk semua Umat Islam
Amin........

Selamat Berpuasa

Khamis (malamJumaat) 30.Syaaban 1430 - jam 9.40 malam.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 sebentar tadi telah mengisytiharkan dan memasyhurkan bahawa permulaan puasa pada tahun ini jatuh pada hari Sabtu 1hb.Ramadan 1430 bersamaan 22hb.Ogos 2009.
Di kesempatan ini, Sidang Redaksi Daya Karya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan & Selamat menjalani ibadah puasa.

Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

Hari Kedua
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan
“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Kesembilan
“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh
“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Kesebelas
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

Hari Kedua Belas
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ketiga Belas
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Keempat Belas
“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Kelima Belas
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam Belas
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ketujuh Belas
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Kelapan Belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan Belas
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Kedua Puluh
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua Puluh Satu
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Dua
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Kedua Puluh Tiga
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua Puluh Empat
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua Puluh Lima
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Kedua Puluh Enam
“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Kedua Puluh Tujuh
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Kedua Puluh Lapan
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Sembilan
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ketiga Puluh
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Nota – apa yang saya lampirkan diatas dipetik dari beberapa laman web. Terpulanglah kalau nak berdoa seperti diatas atau nak baca doa yang lebih panjang. Yang penting kita berdoa. Isi doa yang terbaik adalah dimulai dengan Syukur pada Allah dan Selawat untuk Rasullulah. Ianya diikuti dengan pengakuan dosa dan mohon pengampunan. Kemudian diikuti dengan hajat yang kita ingin sampaikan. Pastikan jangan lupa, dalam doa kita itu jangan minta hal dunia sahaja, mintalah sekali perkara-perkara untuk kesenangan hari akhirat.

Kalau nak doa tu dimakbulkan rujuklah nasihat dari pelbagai ustaz. Yang penting selain kita berdoa dan minta ini dan itu pada Allah kita juga pastikan amalan kita sebanding dengan apa yang kita minta. Hakikatnya setiap apa yang Allah beri itu tidak mampu kita bayar walaupun kita beribadat selama ribuan tahun, tapi usahalah yang terbaik, jangan kita minta lebih tapi ibadat kurang. Macam orang kerja. Mana ada majikan nak gajikan pekerja yang buat kerja sikit minta gaji lebih! Allah tak kedekut, tapi sedarlah diri, kita ini hanya hamba Allah. Apa yang diberi syukurlah, apa yang tidak diberi tu, harap kita fahamlah akan kelemahan atau kesilapan kita.

Tuesday, August 18, 2009

PELANCARAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52

Tema Bulan Kemerdekaan Ke 52
1 Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.

Sempena Peperiksaan Pertengahan Penggal Ke-2
"1 Badlishah Belajar Didahulukan
Pencapai Diutamakan" (Petikan Kata-kata Penolong Kanan Petang)

Sempena bulan kemerdekaan ini pelajar perlu menyematkan rasa cinta kepada negara. Memahami matlamat negara mencapai kemerdekaan dan merenungi sejarah kemerdekaan negara. Merenungi Perjuangan datuk nenek moyang kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Sejarah banyak mengajar kita erti kehidupan masa sekarang.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52

Tuesday, August 11, 2009

H1N1-Kelas 2A3 Dikuarantin

Isnin, 10 Ogos 2009. Seorang pelajar SMK Sultan Badlishah Ditahan kerana disyaki positif mengalami sindrom tersebut.
Pada 11 Ogos 2009 Langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak sekolah bagi mengelakkan menularan virus ini. semua pelajar digalakkan memakai topeng keselamatan bagi mencegah mereka daripada virus yang dikategorikan amat berbahaya tika ini.
Cikgu Izwanzuhairi telah diberikan tanggungjawab untuk mengagihkan topeng muka ini kepada semua pelajar.
Pihak PIBG telah bersetuju untuk menyumbangkan sejumlah Topeng Muka bagi keselamatan pelajar sekolah ini. pihak sekolah amat berterima kasih di atas keprihatinan pihak PIBG memberikan bantuan tersebut.
Pelajar sekolah ini telah diberikan taklimat tentang langkah berjaga-jaga serta cara-cara untuk mengelakkan virus ini dari menular.
Dari pihak sidang editor majalah daya karya mengharapkan supaya semua pelajar mementingkan kebersihan yang sebenarnya amat dituntut untuk kita semua berbuat sedemikian.
Berhati-hatilah.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Monday, August 10, 2009

H1N1: TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.•
Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian
03-88810200 atau 03-88810300
pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my/
Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama TempatanLaman Web Pusat Maklumat Rakyat

H1N1 Diistiharkan sebagai Wabak

ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema? Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Motiwasi

Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya ......
*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda
*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)·
Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!·
Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!·
Tolonglah orang yang dianiaya!·
Berilah makan orang yang kelaparan!·
Berilah minum orang yang kehausan!·
Jenguk orang yang sakit!·
Hantarlah jenazah!·
Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!·
Pimpinlah orang yang buta!·
Berilah petunjuk orang yang bingung!·
Muliakanlah tetamu!·
Berbuat baiklah kepada tetangga!·
Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!·
Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!·
Sedekahkanlah wang anda!·
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!·
Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.

Saturday, June 13, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun

Sidang Redaksi Majalah Sekolah Mengucapkan Selamat menghadapi Peperiksaan.
Jawablah soalan dengan penuh hikmah dan penuh tumpuan.

Welcome.... welcome

Subject : To Visit SMK Sultan Badlishah Smart School from Delegation Of the Office Of Education Council, Thailand.

Date : 16 July 2009
Time : 2.30 pm

Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT BERCUTI

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Dari sidang pengarang majalah Daya Karya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SMK Sultan Badlishah. Gunakanlah waktu cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
Pastikan "Buah Tangan" yang telah dibekalkan oleh guru disempurnakan dengan seeloknya.

Sekian, dan selamat bercuti.



Bila Bermulanya Cuti Sekolah
Bila Ayam Berkokok pertama kali (dikampung)... ..maka bermula lah orang orang kampung yang akan bangun seawal pagi, maknanya hari sudah masuk subuh,siap ambil air wuduk dan bersolat..yang bebudak dah mula bersiap siap nak ke sekolah.yang nak menoreh mula bersiap dengan alat menorehnya.Boleh dikatakan waktu bagi mereka bergerak / berputar sepantas kilat.
Bila Jam loceng berbunyi kali pertamanya(dibandar)..boleh pulak orang orang kota/bandar ni menarik balik kain selimut."Awal lagi kata mereka"Pukul 6.30 pg masih belum bangun mengeliat panjang.bebudak sekolah baru nak pasang tali kasut terkial kial buku sekolah baru nak cari ikut jadulanya.Bagi mereka masa tidak terlalu penting waktu rehat /relax lebih banyak..
Bila Ayam berkokok kedua kalinya(dikampung)... .Orang orang dikampung dah tahu maknanya waktu dzohor dah masuk.hari sudah dinihari bebudak sekolah pagi dah menderu pulang dan yang menoreh dah lama balik..sempat makan tengahari bersama anak /isteri sekeluarga.
Bila Jam Loceng berbunyi kali ke 2(dibandar)... .maknanya diorang lupa nak Off kan jam loceng tu>>sah kejap lagi bateri kong dah pukol 6.30 ptg le tu..tapi belum pulang pulang Jem di serata tempat (heee hee heee) makan tengahari di warung mamak je... (kesiannnnn)
Bila ayam berkokok larut malam (dikampung)... Mereka akan keluar beramai siap bawak lampu suloh senapang patah RELA keluar jengok kat reban ayam takut takut ada musang ke? ular ke? pencuri ayam ke? kata mereka."Mana ada ayam berkokok kokok ditengah malam?""... .
Bila jam loceng buat hal (bunyi) ditengah malam (dibandar)... ... ... Siap boleh maki hamun lagi ..berkata."Binawee punya jam loceng""ganggu aku nak tidor je""... lalu diambil jam tu dilntarkan ke dinding,"Besok boleh beli baru>>>jiran jiran di sebelah pun dah terganggu dia punya routine tidur.
Bila Mula bercuti semua mula berdengkur.... renungkan-renungkanlah.

Sunday, May 17, 2009

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMKSB SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009


Bissmillahhirrahma
nirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang ke-53 dapat diadakan. Syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilailah ilmu yang diperoleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu.

Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah akan terus menerajui kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"

(HAJAH AZIZAH BT. RASOL AMN, BCK)
Pengetua SMK Sultan Badlishah

Thursday, May 14, 2009

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Muaturun Lagu Tema:

Tuesday, May 12, 2009

KRS DIDOMINASI OLEH BADLISHAH

KEDUDUKAN KAWAD KAKI PERINGKAT PPD KULIM BANDAR BAHARU
Satu berita yang membahagiakan seluruh warga SMK Sultan Badlishah di mana Pasukan Kawad Kaki sekolah telah berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori KRS Putera dan Puteri
Selain itu pasukan yang juga berjaya memenangi kategori NGO (L) adalah pasukan pengakap iaitu tempat ke-2
Pasukan NGO (P) Puteri Islam, telah berjaya merangkul tempat ke-3.
Pasukan GO (P) iaitu Bomba pula berjaya merangkul tempat ke-3
Bersama-samalah kita bersyukur di atas kejayaan yang telah dimenangi.

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
"Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak B
ila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Selamat Hari Ibu..

Sunday, April 19, 2009

SESI PERGAMBARAN

Sesi pergambaran ditangguhkan sehingga masa yang akan diberitahu kelak... harap maklum.

Monday, March 30, 2009

Perbarisan Kontigen SMKSB




Kontigen SMKSB telah mengambil bahagian di dalam perbarisan kejohanan olahraga peringkat PPD Kulim Bandar Baharu

Sunday, March 29, 2009

Bulan Penutup PPDa

Pelajar SMKSB telah diberikan penerangan berkenaan dengan bahaya Dadah terhadap Masa depan serta keluarga