Tuesday, August 18, 2009

PELANCARAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52

Tema Bulan Kemerdekaan Ke 52
1 Malaysia Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.

Sempena Peperiksaan Pertengahan Penggal Ke-2
"1 Badlishah Belajar Didahulukan
Pencapai Diutamakan" (Petikan Kata-kata Penolong Kanan Petang)

Sempena bulan kemerdekaan ini pelajar perlu menyematkan rasa cinta kepada negara. Memahami matlamat negara mencapai kemerdekaan dan merenungi sejarah kemerdekaan negara. Merenungi Perjuangan datuk nenek moyang kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Sejarah banyak mengajar kita erti kehidupan masa sekarang.

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52

Tuesday, August 11, 2009

H1N1-Kelas 2A3 Dikuarantin

Isnin, 10 Ogos 2009. Seorang pelajar SMK Sultan Badlishah Ditahan kerana disyaki positif mengalami sindrom tersebut.
Pada 11 Ogos 2009 Langkah berjaga-jaga telah diambil oleh pihak sekolah bagi mengelakkan menularan virus ini. semua pelajar digalakkan memakai topeng keselamatan bagi mencegah mereka daripada virus yang dikategorikan amat berbahaya tika ini.
Cikgu Izwanzuhairi telah diberikan tanggungjawab untuk mengagihkan topeng muka ini kepada semua pelajar.
Pihak PIBG telah bersetuju untuk menyumbangkan sejumlah Topeng Muka bagi keselamatan pelajar sekolah ini. pihak sekolah amat berterima kasih di atas keprihatinan pihak PIBG memberikan bantuan tersebut.
Pelajar sekolah ini telah diberikan taklimat tentang langkah berjaga-jaga serta cara-cara untuk mengelakkan virus ini dari menular.
Dari pihak sidang editor majalah daya karya mengharapkan supaya semua pelajar mementingkan kebersihan yang sebenarnya amat dituntut untuk kita semua berbuat sedemikian.
Berhati-hatilah.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

Monday, August 10, 2009

H1N1: TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.•
Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian
03-88810200 atau 03-88810300
pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my/
Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC• Akhbar-akhbar Utama TempatanLaman Web Pusat Maklumat Rakyat

H1N1 Diistiharkan sebagai Wabak

ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema? Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Motiwasi

Anda Tentunya Akan Disukai Ramai Sekiranya ......
*Bila anda mengucapkan "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum", anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda
*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.

.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)·
Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!·
Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!·
Tolonglah orang yang dianiaya!·
Berilah makan orang yang kelaparan!·
Berilah minum orang yang kehausan!·
Jenguk orang yang sakit!·
Hantarlah jenazah!·
Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!·
Pimpinlah orang yang buta!·
Berilah petunjuk orang yang bingung!·
Muliakanlah tetamu!·
Berbuat baiklah kepada tetangga!·
Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!·
Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!·
Sedekahkanlah wang anda!·
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!·
Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.