Wednesday, May 27, 2009

SELAMAT BERCUTI

CUTI PERTENGAHAN TAHUN

Dari sidang pengarang majalah Daya Karya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada seluruh warga SMK Sultan Badlishah. Gunakanlah waktu cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.
Pastikan "Buah Tangan" yang telah dibekalkan oleh guru disempurnakan dengan seeloknya.

Sekian, dan selamat bercuti.



Bila Bermulanya Cuti Sekolah
Bila Ayam Berkokok pertama kali (dikampung)... ..maka bermula lah orang orang kampung yang akan bangun seawal pagi, maknanya hari sudah masuk subuh,siap ambil air wuduk dan bersolat..yang bebudak dah mula bersiap siap nak ke sekolah.yang nak menoreh mula bersiap dengan alat menorehnya.Boleh dikatakan waktu bagi mereka bergerak / berputar sepantas kilat.
Bila Jam loceng berbunyi kali pertamanya(dibandar)..boleh pulak orang orang kota/bandar ni menarik balik kain selimut."Awal lagi kata mereka"Pukul 6.30 pg masih belum bangun mengeliat panjang.bebudak sekolah baru nak pasang tali kasut terkial kial buku sekolah baru nak cari ikut jadulanya.Bagi mereka masa tidak terlalu penting waktu rehat /relax lebih banyak..
Bila Ayam berkokok kedua kalinya(dikampung)... .Orang orang dikampung dah tahu maknanya waktu dzohor dah masuk.hari sudah dinihari bebudak sekolah pagi dah menderu pulang dan yang menoreh dah lama balik..sempat makan tengahari bersama anak /isteri sekeluarga.
Bila Jam Loceng berbunyi kali ke 2(dibandar)... .maknanya diorang lupa nak Off kan jam loceng tu>>sah kejap lagi bateri kong dah pukol 6.30 ptg le tu..tapi belum pulang pulang Jem di serata tempat (heee hee heee) makan tengahari di warung mamak je... (kesiannnnn)
Bila ayam berkokok larut malam (dikampung)... Mereka akan keluar beramai siap bawak lampu suloh senapang patah RELA keluar jengok kat reban ayam takut takut ada musang ke? ular ke? pencuri ayam ke? kata mereka."Mana ada ayam berkokok kokok ditengah malam?""... .
Bila jam loceng buat hal (bunyi) ditengah malam (dibandar)... ... ... Siap boleh maki hamun lagi ..berkata."Binawee punya jam loceng""ganggu aku nak tidor je""... lalu diambil jam tu dilntarkan ke dinding,"Besok boleh beli baru>>>jiran jiran di sebelah pun dah terganggu dia punya routine tidur.
Bila Mula bercuti semua mula berdengkur.... renungkan-renungkanlah.

Sunday, May 17, 2009

KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMKSB SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009


Bissmillahhirrahma
nirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Majllis Hari Anugerah Cemerlang yang ke-53 dapat diadakan. Syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya. Semoga kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang lain.

Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan yang mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu. Begitulah kita, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilailah ilmu yang diperoleh. Nescaya, keindahan cahaya kegemilangan pasti akan menerangi kehidupan setiap insan yang tidak jemu-jemu meneroka dunia ilmu.

Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah akan terus menerajui kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG"

(HAJAH AZIZAH BT. RASOL AMN, BCK)
Pengetua SMK Sultan Badlishah

Thursday, May 14, 2009

Lagu Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Muaturun Lagu Tema:

Tuesday, May 12, 2009

KRS DIDOMINASI OLEH BADLISHAH

KEDUDUKAN KAWAD KAKI PERINGKAT PPD KULIM BANDAR BAHARU
Satu berita yang membahagiakan seluruh warga SMK Sultan Badlishah di mana Pasukan Kawad Kaki sekolah telah berjaya merangkul tempat pertama dalam kategori KRS Putera dan Puteri
Selain itu pasukan yang juga berjaya memenangi kategori NGO (L) adalah pasukan pengakap iaitu tempat ke-2
Pasukan NGO (P) Puteri Islam, telah berjaya merangkul tempat ke-3.
Pasukan GO (P) iaitu Bomba pula berjaya merangkul tempat ke-3
Bersama-samalah kita bersyukur di atas kejayaan yang telah dimenangi.

Thursday, May 7, 2009

SELAMAT HARI IBU

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk!
"Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak B
ila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Selamat Hari Ibu..